Sunday 17 April 2016

Tips Membuat Tempahan Hotel Secara Online


Melancong samada di dalam negara ataupun luar negara selalu dikaitkan dengan perbelanjaan yang besar. Ada juga yang beranggapan melancong adalah perbuatan yang membazir kerana tiada sebarang pulangan yang dapat dilihat.

Sebenarnya, aktiviti melancong merupakan aktiviti yang boleh menenagkan fikiran, menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman. Bak kata pepatah jauh berjalan banyak pengalaman.

Dengan kemajuan teknologi maklumat sekarang ini, pelbagai perkhidmatan dapat dicapai bagi menjadikan percutian lebih murah dan mampu dibiayai oleh ramai orang. Malah dengan perkhidmatan di hujung jari seperti telefon pintar dan komputer anda boleh melakukan pelbagai transaksi secara dalam talian seperti tempahan tiket kapal terbang, kereta sewa, tempat penginapan yang lebih murah serta membuat rujukan tempat-tempat yang bakal dilawati dengan lebih awal.

Sungguhpun begitu, sebagai pengguna peranti digital serta perkhidmatan Internet, anda haruslah terlebih dahulu mempelajari serba sedikit selok belok etika penggunaannya sebelum melakukan sebarang transaksi.

Di dalam etika digital dan Internet, pelbagai perlakuan haruslah diberi perhatian bagi memastikan tiada sebarang kerugian serta kemudaratan menimpa tatkala menggunakannya. Sebagai contoh bagaimana mengelak daripada tertipu ketika membuat pembelian dan tempahan sesuatu barangan mahupun perkhidmatan.

Bagaimana untuk memastikan transaksi yang anda lakukan itu selamat dan maklumat peribadi anda tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini adalah kerana tanpa sebarang langkah berjaga-jaga, anda berkemungkinan besar terdedah kepada kecurian identiti (identity theft) yang pastinya mengakibatkan percutian anda berakhir dengan malapetaka.

Apabila anda menggunakan kad kredit atau kad debit untuk tujuan tempahan pengginapan pastikan laman web tersebut benar-benar tulin dan boleh dipercayai. Sebagai contoh, dapatkan nombor telefon, emel dan alamat yang boleh dihubungi. Pastikan laman sesawang untuk sebarang pembayaran adalah selamat (https://) dan bayarlah melalui gerbang pembayaran (payment gateway) seperti ipay88, molpay,paypal, worldpay danlain-lain. Ini adalah kerana gerbang pembayaran ini adalah selamat dan pengguna adalah dilindungi melalui polisi penggunaannya dari sebarang kerugian.


Selain itu, adalah bijak untuk anda membuat tempahan di laman sesawang yang dikenali di seluruh dunia kerana ia bukan sahaja memberi perkhidmatan yang terbaik, malah telah terbukti keberkesanannya serta mempunyai hotline atau support team bagi menanggani sebarang masalah. Sebagai contoh Agoda.com, Booking.Com, Trivago.com, Airbnb.com dan sebagainya.

Malah anda juga digalakkan membaca ulasan (review) yang dihantar oleh pengguna laman sesawang ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik dan membandingkannya dengan ulasan dari laman sesawang yang lain bagi mendapatkan kepastian tentang sesuatu tempat pengginapan tersebut. Ini adalah kerana ada kalanya apa yang anda lihat di Internet tidak sama dengan di alam realiti. Antara laman sesawang yang terkenal di dalam memberi ulasan terhadap tempat-tempat penginapan termasuklah Tripadvisor, Kayak dan Wego.



Oleh yang demikian dengan mempelajari adab dan juga etika berkaitan Internet, dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak serta menyelamatkan diri anda daripada situasi yang tidak diingini tatkala merancang percutian yang anda.

Malah dengan membuat sedikit kajian, anda buka sahaja dapat menikmati percutian yang anda idam-idamkan tetapi ada kalanya membayar dengan kos yang jauh lebih murah berbanding dengan harga yang sebenar.


Dapatkan tips penginapan murah tetapi bergaya dalam tulisan saya yang akan datang. Sila tinggalkan nama dan emel anda, atau langgan blog ini untuk informasi terkini

No comments:

Post a Comment