Thursday 18 August 2016

MLM Vs Skim Piramid


Bila bercakap tentang MLM atau Networking Business ramai yang mengaitkannya dengan skim pyramid atau ponzie scheme. Oleh itu, banyak program yang berasaskan MLM dipandang serong oleh orang ramai berikutan banyaknya skim pyramid yang berselindung di sebalik program MLM.

Perniagaan seperti Avon, Mary Kay, Amway dan HerbaLife contohnya adalah perniagaan yang terkenal di merata dunia yang mengamalkan pelan perniagaan berbilang tingkat atau MLM.  

Untuk memastikan anda tidak terjebak ke skim pyramid adalah bjak untuk anda mengenali dengan lebih jelas perbezaan kedua-duanya. Ini dapat membantu anda membuat keputusan samada untuk menyertai sesuatu program ataupun tidak.



Program yang tidak mempunyai sebarang produk untuk ditawarkan kepada orang ramai atau ahli kebanyakkanya tergolong di dalam skim pyramid.

Keuntungan skim pyramid di dapati hanya dengan merekrut ahli-ahli baharu dan yuran keahlian peserta baharu menjadi sumber pendapatan ahli yang terdahulu. Dalam erti kata lain, proses merekrut perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan sumber pendapatan tidak terputus.

Biasanya keuntungan besar akan diraih oleh orang atasan dan ahli-ahli terkemudian terdedah kepada risiko tidak mendapta sebarang keuntungan. Program ini biasanya akan terhenti tatkala tiada lagi ahli baharu yang dapat direkrut.

Skim pyramid merupakan suatu perniagaan yang tidak sah dikebanyakkan negara dan bagi melindungi skim ini produk palsu dalam bentuk pelaburan ditawarkan.

Berbanding skim pyramid, program MLM mempunyai produk yang ditawarkan. Yuran permulaan menjadi ahli bertujuan menjamin potongan harga kepada ahli berbanding pembeli luar. Di sini ahli boleh menjadi pengedar atau distributor yang mendapat keuntungan runcit apabila sesuatu produk tersebut dijual.



Di dalam pemasaran MLM, ia juga menawarkan keuntungan apabila seseorang distributor membawa masuk peserta baharu yang igin menjadi ahli. Dalam erti kata lain, ahli sesuatu perniagaan itu beroleh untung runcit jualan dan juga pelbagai insentif apabila membawa masuk ahli yang baharu.Yang menarik di dalam perniagaan MLM, seseorang upline dapat memperolehi keuntungan daripada jualan ahli-ahli di bawah mereka.

Tidak seperti skim pyramid, ahli sesuatu program MLM yang tulin mempunyai pilihan samada ingin menjana pendapatan daripada keuntungan runcit semata-mata atau turut sama mempromosi perniagaan tersebut dan berkongsi keistimewaan program dengan bakal ahli baharu.

Sebagai kesimpulan, sebelum menyertai sebarang perniagaan mirip MLM, anda hendaklah menjalankan kajian dan siasatan terhadap perniagaan tersebut terlebih dahulu. Pastikan nama dan alamat perniagaan tersebut, produk yang di tawarkan dan juga organisasinya.

Perniagaan yang sah akan mempamirkan semua info yang kita perlukan dan menyenaraikan orang-orang yang menerajui sesuatu organisasi tersebut.








Wednesday 10 August 2016

Rahsia Kadar Termurah Hotel Terbongkar!


Percutian merupakan komoditi yang paling laris di dunia. Siapa yang tidak mahu melancung dan bersantai di pelbagai tempat menarik dan di hotel dan resort ternama? Lebih-lebih lagi percutian di luar negara.

Malangnya mereka yang berkemampuan sahaja yang dapat menikmati percutian mewah sebegini. Ini adalah kerana kos untuk percutian atau penginapan di premis begini memerlukan bajet yang tinggi dan di luar kemampuan ramai orang.

Tetapi tahukah anda terdapat cara-cara tertentu yang membolehkan anda menikmatinya dengan bajet yang lebih rendah dan mampu milik kepada semua lapisan masyarakat.

Sekiranya kita membuat tempahan di hotel-hotel secara terus atau di enjin penempahan seperti Agoda, Booking, Expedia, Hotel Combined, Hotel.com dan sebagainya, pasti anda perasan bahawa harga yang di tawarkan tidak jauh berbeza antara satu sama lain?


Ini adalah kerana pengusaha hotel dan enjin penempahan hotel di Internet (Online Travel Agents - OTA) terikat dengan peraturan yang dikenali Rate Parity yang membawa maksud Kadar Sama Rata. Dengan Rate Parity, pengusaha tidak dibenarkan menawarkan harga bilik dengan kadar murah yang melampau kerana ia akan membinasakan pasaran industri perhotelan.

Mana-mana pihak yang memberi kadar potongan harga yang melampau melalui Rangkaian Terbuka Umum atau Public Open Loop (POL) melalui OTA boleh dikenakan tindakan dan seterusnya boleh ditamatkan perniagaan mereka.

OTA dikehendaki menawarkan harga yang sama atau lebih tinggi daripada harga borong yang diperolehi daripada pihak premis. Ia bagi memastikan pasaran sama rata pada semua saluran untuk memelihara perhubungan antara OTA dan hotel serta rakan kongsi agar tiada saluran pemasaran yang  diberikan keutamaan.

Ia juga memberi peluang kepada pihak hotel untuk menimbang dan menilai kerjasama antara mereka dan OTA dalam tempoh masa yang diberikan dan membuat keputusan samaada untuk meneruskan kerjasama atau tidak bergantung kepada jumlah pelanggan yang mereka terima.

SATU-SATU CARA untuk pelanggan mendapat potongan harga yang benar-benar rendah ialah dengan menyertai program RANGKAIAN TERTUTUP"BERBAYAR" dengan Kata Laluan Terlindung PERSENDIRIAN (PRIVATE Password Protected CLOSED LOOP "PAID").



HODO Global sebagai contoh adalah program JALINAN TERTUTUP"BERBAYAR" dengan Kata Laluan Terlindung PERSENDIRIAN. Oleh yang demikian ia layak mendapat harga borong (wholesale price) dari pihak hotel dan menawarkannya kepada ahli-ahli mereka.

Oleh yang demikian, sekiranya anda bercadang untuk bercuti dan menginap di hotel-hotel dan resort ternama dengan harga yang berkali ganda murah sertailah program-program sebegini yang banyak ditawarkan.

Sungguhpun begitu, anda haruslah berhati-hati kerana setiap program yang ditawarkan amat berbeza antara sama lain.

Tidak seperti program yang lain, HODO Global mempunyai enjin penempahan yang boleh diakses oleh Rangkaian Terbuka Umum atau Public Open Loop (POL) yang menjanjikan harga yang lebih rendah daripada lain-lain enjin penempahan. Dan setiap tempahan di situ menjanjikan komisyen yang menarik untuk ahli.

Sebagai kesimpulannya menyertai program di atas membolehkan anda mendapat diskaun yang sangat besar untuk penginapan di hotel-hotel dan resort mewah dan pada waktu yang sama menjana pendapatan apabila orang ramai menempah di enjin penempahan HODO Global pautan anda.

Tuesday 9 August 2016

Memulakan Agensi Pelancungan Dari Rumah


Saya pernah terfikir mempunyai sebuah agensi pelancongan adalah satu perkara yang hebat. Bagi saya , industri ini memberi peluang kepada  kita untuk melancung dan menginap di pelbagai tempat.

Tetapi tanggapan saya terhadap industri ini berubah setelah bertemu dengan kawan lama saya baru-baru ini yang menjalankan perkhidmatan pelancongan selama hampir 15 tahun. Sebuah agensi pelancongan konvensional tidak  lagi seperti apa yang saya gambarkan.

Beliau memberitahu bahawa semua jenis perniagaan kini sedang bergerak ke hadapan ke arah teknologi maklumat iaitu Internet. Mereka yang mengabaikan kuasa Internet akan ketinggalan.

Beliau juga berkata bahawa tiada istilah  pelanggan yang setia pada masa kini kerana pelanggan mempunyai begitu banyak pilihan dan mereka akan sentiasa pergi ke tempat lain yang menawarkan kadar yang lebih murah.

Sangat jarang orang pergi ke agensi pelancongan untuk menempah bilik hotel, tiket penerbangan atau pakej pelancongan lagi pada masa kini.  Malah orang ramai telah mula melakukan DIY untuk kerja-kerja umrah mereka sendiri.

Tiada siapa yang memerlukan ejen pelancongan untuk tempahan bilik hotel apabila mereka boleh membuat tempahan sendiri di Agoda, Trivago, Booking.com, Hotel Combined dan sebagainya.

Tiada siapa yang memerlukan ejen pelancongan untuk menempah tiket penerbangan apabila mereka boleh menempah tiket secara dalam talian dengan harga yang lebih murah di Internet?

Kayak dan Wego contohnya membolehkan orang ramai untuk mencari tiket penerbangan murah dan membandingkan pelbagai kadar syarikat penerbangan pada satu masa.

Terdapat juga syarikat-syarikat dalam talian yang menawarkan pengembaraan dan percutian mewah  untuk dipilih dan ia adalah lebih murah berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan konvensional.

Bagaimanakah mereka melakukannya? Sudah pasti mereka mesti mempunyai perundingan awal dengan hotel-hotel dan resort-resort tersebut bagi mendapat harga terbaik, dan sebagai balasan menyalurkan bilangan pelanggan yang ramai kepada mereka.

Dengan menyertai syarikat percutian begini, mereka dapat menyalurkan keuntungan yang sepatutnya dibayar kepada agensi-agensi pelancongan dengan mengagihkan diskaun yang besar kepada ahli-ahli mereka.


Sebuah syarikat global baru Hodo Global contohnya menawarkan kadar bilik penginapan paling murah di Internet. Enjin penempahannya yang dinamakan Tripspin akan dilancarkan Ogos ini dan menawarkan sekurang-kurangnya 8 daripada 10 hotel dengan harga paling murah berbanding pesaing yang lain.

Siapa yang tidak mahu tinggal di hotel mewah dengan kadar yang lebih murah? Penjimatan boleh digunakan untuk membeli makanan dan cenderamata semasa bercuti.

Sebagai ahli Hodo Global anda bagaikan mempunyai sebuah ejensi pelancungan dalam talian sendiri di rumah. Dengan mempromosikan link Hodo di kalangan rakan media sosial anda seperti di Facebook atau Instagram ataupun kumpulan WhatsApp anda, membolehkan mereka mendapat diskaun hebat sama seperti anda. Apabila mereka menempah melaluip autan anda, anda akan mendapat ganjaran.

Hodo Global juga menawarkan lawatan, pelayaran, tiket penerbangan dan kereta sewa yang menawarkan diskaun kepada orang awam dalam talian. Selain daripada itu, ahli Hodo Global akan diberi Tawaran Dalaman (Insider Deals) yang sangat murah yang boleh digunakan untuk percutian seterusnya atau menjualnya kepada bukan ahli.

Bayangkan memiliki portal yang sama dengan Agoda, Booking, Expedia dan Trivago anda sendiri. Dan apabila orang menempah bilik mereka, anda akan mendapat bayaran. Apabila rakan-rakan anda dan ahli keluarga mahu menyertai anda, anda juga akan mendapat bayaran. Sebagai ahli anda boleh mengambil kesempatan itu dengan membayar hanya sebahagian kecil daripada bajet perjalanan anda untuk percutian mewah bersama keluarga dan orang yang tersayang.

HODO Global adalah perniagaan berteknologi tinggi masa depan. Setiap urusan dijalankan secara automatik. Dengan Hodo Global 'bekerja dari rumah' tidak lagi mustahil. "Ayuh jimat lebih banyak, jana pendapatan lebih banya dan melawat lebih banyak tempat."

* Pra Pendaftara PERCUMA sekarang di HODO Global

Sunday 7 August 2016

Starting A Travel Agency From Home



I used to think that having a travel agency is a cool thing. For me,being involve in it means you get the chance to travel the world and stay at various properties.

But meeting with my old friend recently who has been doing travel services for almost 15 years now have changed my perception. A conventional travel agency nowadays is not what it used to be.

He mentioned how his agency and other travel agencies have to compete with various other companies that offer travel related services such as hotel room, trips, cruises and even flight tickets. Competition is stiff and the profit margin is getting slimmer.

He mentioned that all types of businesses now are moving forward toward technology that is the Internet. Those who ignore the power of Internet will be left behind.

He also said that there is no such thing as a loyal customers nowadays because customers have so many choices and they will always go somewhere else that offer cheaper rates.

You rarely see people go to travel agency to book hotel rooms, flight tickets or travel packages anymore. People have even started doing DIY for umrah trips themselves.

Who needs a travel agent for booking hotel rooms when you have Agoda, Trivago, Booking.com, Hotel Combined etc. 

Who needs a travel agent to book  flight tickets when you can easily book via the online ticketing with cheaper prices at your own conveniences? Kayak and Wego for example allow people to search for cheap flight tickets and comparing multiple airlines rates at one go.

There're even online companies that offer luxury trips and vacation for people to choose from and it is even cheaper compared to what the travel agencies are offering.

How do they manage to do it? Of course they must have prior arrangement with these hotels and resorts negotiating the best prices, and as a return channelling huge volume of customers to them.

By joining this type of companies it helps to cut the profit made by the travel agencies and pass it back to the members a huge discount.


A new global company HODO Global for example is offering the cheapest hotel room rates on the internet. Its booking engine named Tripspin will be launched this August and offering at least 8 out of 10 hotels cheaper than other  competitors.

Who doesn't want to stay at luxury hotel with a cheaper rate? The savings can be used to buy food and souvenirs when you are on vacation.

Being a member of HODO Global is like having an online travel agent of your own at home. By promoting your HODO Global link online on Facebook or Instagram or even on your WhatsApp group will enable other people to get the same discount or cheapest room rates. When people book via your link, as a member you will be rewarded.

HODO Global also offer trips, cruises, flight tickets and car rental which offer discounts to member of the public online. HODO Global members on the other hand will be offered rock bottom prices known as Insider Deals which can be used for future trips or sell it to non members.

Just imagine owning a portal similar to Agoda, Booking, Expedia and  Trivago of your own. And when people book their room you'll get paid. When your friends and family members want to join you, you will also get paid. As a member you can take the advantage by paying only a fraction of your traveling budget for a luxury vacation with your family.

So this is the business of the future. Every thing is automated and with HODO Global the phrase 'working from home' is no longer impossible. "Lets save more money, make more money and visit more places."

p/s Pre-register at HODO Global for FREE NOW.





Friday 5 August 2016

Berniaga Tanpa Produk Sendiri?

 


Di dalam kehidupan yang kian mencabar, tekana di tempat kerja, kekangan masa, tanggungjawab yang bertambah di dalam mengendalikan hal ehwal keluarga mendorong ramai orang untuk memulakan perniagaan sendiri.

Tetapi perniagaan jenis apakah yang paling sesuai untuk diceburi bagi meminimumkan risiko kerugian dan memastikan seseorang itu mempunyai lebih masa bersama keluarga berbanding dengan kerjaya makan gaji?

Tahukah anda bahawa Airbnb merupakan syarikat penginapan yang tidak mempunyai sebarang hotel mereka sendiri? Uber syarikat pengangkutan yang tidak mempunyai sebarang kenderaan sendiri? Alibaba syarikat peruncitan yang tidak mempunyai inventori sendiri dan Facebook syarikat media sosial yang tidak menghasilkan sebarang 'content' mereka sendiri?



Tetapi tahukan anda bahawa syarikat-syarikat ini membuat keuntungan berjuta-juta dollar setiap tahun? Bagaimanakah mereka melakukannya? Jawapannya dengan mengambil kesempatan berkongsi atau kolobarasi ekonomi dengan pertolongan jaringan media sosial.

Internet merupakan satu tool yang sangat hebat untuk memulakan sesuatu perniagaan. Anda bukan sahaja dapat mencapai audien yang tiada hadnya malah tanpa sempadan.

Sebagai contoh dengan HODO Global anda boleh sahaja memiliki sebuah travel agensi yang beroperasi dari rumah dan segala urusan berjalan secara automatik.

HODO menawarkan perkhidmatan penempahan hotel, pekej perlancungan, pelayaran, tiket kapalterbang dan kereta sewa. Sebagai ahli HODO anda dibekalkan dengan portal tempahan di mana setiap tempahan melayakkan anda mendapat komisyen yang lumayan.



Tugasan seorang promoter HODO hanyalah mempromosi link anda kepada kenalan di laman sosial dan ia boleh dilakukan dimana-mana sahaja asalkan anda mempunyai aksess internet.

Sebagai ahli anda juga mendapat insider deal di mana anda mendapat tawaran bilik hotel 1-5 bintang dengan harga yang sangat murah berbanding di booking engine.

Sekiranya terdapat rakan-rakan anda yang ingin menjadi promoter HODO anda juga mendapat imbuhan sebagai introducer.

Menjadi rakan kongsi HODO amat mudah kerana produk yang di tawarkan berupa percutian di mana setiap orang akan melancung sekurang-kurangnya sekali setahun.

Oleh yang demikian terpulanglah kepada diri masing-masing untuk memilih perniagaan yang secocok dengan keinginan dan minat masing-masing.

Mungkin juga anda boleh mempertimbangkan HODO Global  menjanjikan kerjaya yang menarik dan lumayan serta boleh dilakukan di mana-mana. Bak kata motto syarikat tersebut"save more money, make more money, travel more places".




Tuesday 2 August 2016

Teknologi Maklumat Dan Pelancongan


Melancung samada di dalam negara ataupun luar negara selalu di kaitkan dengan perbelanjaan yang besar. Ada juga yang beranggapan melancung adalah perbuatan yang membazir kerana tiada sebarang pulangan yang dapat dilihat.

Sebenarnya, aktiviti melancung merupakan aktiviti yang boleh menenagkan fikiran, menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman. Bak kata pepatah jauh berjalan luas pengalaman.

Dengan kemajuan teknologi maklumat sekarang ini, pelbagai perkhidmatan dapat dicapai bagi menjadikan percutian lebih murah dan mampu dibiayai oleh ramai orang. Malah dengan perkhidmatan di hujung jari seperti telefon pintar dan komputer anda boleh melakukan pelbagai transaksi secara dalam talian seperti tempahan tiket kapal terbang, kereta sewa, tempat penginapan yang lebih murah serta membuat rujukan tempat-tempat yang bakal dilawati dengan lebih awal.

Sungguhpun begitu, sebagai pengguna peranti digital serta perkhidmatan Internet, anda haruslah terlebih dahulu mempelajari serba sedikit selok belok tentang etika penggunaannya sebelum melakukan sebarang transaksi.

Di dalam etika digital dan Internet, pelbagai perlakuan haruslah diberi perhatian bagi memastikan tiada sebarang kerugian serta kemudaratan menimpa tatkala menggunakannya. Sebagai contoh bagaimana mengelakkan daripada tertipu ketika membuat pembelian dan tempahan sesuatu barangan mahupun perkhidmatan.

Bagaimana untuk memastikan transaksi yang kita lakukan itu selamat dan maklumat peribadi anda tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini adalah kerana tanpa sebarang langkah berjaga-jaga, anda berkemungkinan besar terdedah kepada kecurian identiti (identity theft) yang pastinya mengakibatkan percutian anda berakhir dengan malapetaka.

Apabila anda menggunakan kad kredit atau kad debit untuk tujuan tempahan pengginapan pastikan laman web tersebut benar-benar tulin dan boleh dipercayai. Sebagai contoh, dapatkan nombor telefon, emel dan alamat yang boleh dihubungi. Pastikan laman web untuk sebarang pembayaran adalah selamat (https://) dan bayarlah melalui gerbang pembayaran (payment gateway) seperti ipay88, molpay,paypal, worldpay danlain-lain. Ini adalah kerana gerbang pembayaran ini adalah selamat dan pengguna adalah dilindungi melalui polisi penggunaannya dari sebarang kerugian.

Selain itu, adalah bijak untuk anda membuat tempahan di laman sesawang yang dikenali di seluruh dunia kerana ia bukan sahaja memberi perkhidmatan yang terbaik, malah telah terbukti keberkesanannya serta mempunyai hotline atau support team bagi menanggani sebarang masalah. Sebagai contoh Agoda.com, booking.Com, Trivago.com, Airbnb.com dan sebagainya.

Malah anda juga digalakkan membaca ulasan (review) yang dihantar oleh pengguna laman sesawang ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik dan membandingkannya dengan review dari laman sesawang yang lain bagi mendapatkan kepastian tentang sesuatu tempat pengginapan tersebut. Ini adalah kerana ada kalanya apa yang anda lihat di Internet tidak sama dengan di alam realiti. Antara laman sesawang yang terkenal di dalam memberi review terhadap tempat-tempat penginapan termasuklah Tripadvisor, Kayak dan Wego.

Oleh yang demikian dengan mempelajari adab dan juga etika berkaitan Internet, dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak serta menyelamatkan diri anda daripada situasi yang tidak diingini tatkala merancang percutian yang anda ingini.

Malah dengan membuat sedikit kajian, anda buka sahaja dapat menikmati percutian yang anda idam-idamkan tetapi juga membayarnya dengan kos yang jauh lebih murah berbanding dengan harga yang sebenar.

Tuesday 19 July 2016

Mengawal ketagihan membeli belah di atas talian

Picture: http://www.retail-news.eu/online-shopping-less-popular-spain/


Mengawal ketagihan membeli belah di atas talian

Membeli-belah merupakan aktiviti yang digemari ramai tidak kira golongan lelaki mahupun wanita. Sungguhpun begitu ia bergantung kepada kemampuan dan kuasa membeli masing-masing. Ada yang menganggap membeli-belah ibarat terapi yang boleh memberi ketenangan diri. Adakalanya dengan hanya meluangkan masa melihat-lihat ataupun window shopping dapat memberi kepuasan kepada mereka.

Dengan kemajuan teknologi masa kini, membeli belah boleh dilakukan hanya di rumah dengan melayari Internet. Membeli-belah atas talian atau online shopping telah menjadi trend popular masa kini. Pembeli tidak perlu lagi keluar rumah atau bersiap-siap untuk menjalani aktiviti membeli belah. Cukup sekadar melayari peranti seperti smart phone, tablet dan komputer riba yang dilengkapi internet dan ianya sudah boleh dilakukan.

Ramai yang bersetuju, membeli belah di Internet lebih memudahkan dan menjimatkan. Anda tidak perlu lagi memandu keluar, mengharung kesesakan jalanraya, membayar wang petrol, caj parking dan sebagainya untuk membeli belah.

Apa yang perlu anda sediakan hanyalah kad debit atau kredit untuk urusan pembayaran. Dan anda hanya perlu menunggu barangan yang dipesan sampai di muka pintu rumah anda. Mudah bukan? Malah ada yang menyediakan perkhidmatan COD (cash on delivery) untuk barangan tertentu.

Melihat kepada betapa mudahnya membeli belah di Internet dan trendnya yang kian meningkat, kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya pembelian yang tidak terkawal adalah besar. Kegiatan membeli belah secara tidak terkawal ini juga dikenali sebagai pembelian impulsif dan pembelian kompulsif.

Pembelian impulsif merujuk kepada aktiviti di mana seseorang itu membuat pembelian yang tidak dirancang. Dalam ertikata lain, pembeli membuat keputusan membeli pada saat akhir secara adhoc atau tiba-tiba akibat rangsangan seperti potongan harga dan tawaran hebat yang dilihat. Sebagai contoh anda mungkin akan membuat pembelian tiket kapalterbang gara-gara iklan jualan murahnya tanpa berfikir panjang kemungkinan tidak dapat menggunakannya di masa hadapan.

Mengikut kajian, emosi dan perasaan memainkan peranan yang besar di dalam membuat keputusan pembelian. Ini banyak dipengaruhi oleh iklan dan promosi yang menarik lagi bijak yang dapat menyentuh hati bakal pelanggan. Akibatnya sering kali pembeli membeli barangan yang mereka tidak perlukan.

Pembelian kompulsif pula adalah lebih dahsyat lagi. Ia akhirnya membabitkan ketagihan membeli belah di atas talian. Terdapat kes-kes di luar negara di mana pembeli menghabiskan kesemua wang simpanan mereka semata-mata untuk memenuhi ketagihan membeli-belah. Malah ada yang tidak sedar telah membelanjakan kesemua pendapatan mereka dan terkejut apabila tidak dapat mengeluarkan wang tunai untuk tujuan pembayaran bil dan sebagainya.

Mengikut statistik oleh gerbang pembayaran PayPal yang mengendalikan urusan pembayaran, pembelian secara atas talian telah meningkat 3 kali ganda dari tahun 2010 sehingga 2015. Jumlah jualan di Malaysia bernilai dari RM1.82billion melonjak kepada kepada RM5.76 billion. Oleh yang demikian jelas sekali urusan membeli belah atas talian merupakan alternatif yang disenangi oleh masyarakat dan secara tidak langsung membuka ruang berlakunya pembaziran.

Bagi membendung masalah ketagihan membeli-belah atas talian ini, masyarakat haruslah didedahkan kepada etika serta amalan baik penggunaan Internet. Ini dapat membantu pengguna memahami trend terkini urusan jualbeli di Internet dan bagaimana mengelakan diri dari terjebak kepada ketagihan membeli belah di atas talian.


Adakah anda pembeli kompulsif?

Pembeli kompulsif mengikut kajian sebahagian besarnya melibatkan kaum wanita. Dan mereka membeli hanya untuk kepuasan diri dan bukan untuk keperluan. Ini mengakibatkan mereka membeli barangan yang mereka sebenarnya tidak perlukan. Kajian juga menunjukkan ramai yang menjadi pembeli kompulsif tergolong di kalangan orang-orang yang stress dan kesunyian. Membeli belah di atas talian memberi kepuasan untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Adakalanya mereka tidak dapat mengingati apa yang telah mereka beli dan untuk tujuan apa.Memburukkan lagi keadaan akhirnya mereka terjebak di dalam hutang yang besar dan menghadapi masalah melunaskannya terutama apabila membeli menggunakan kad kredit.


Bagaimana mengawal diri daripada menjadi pembeli kompulsif dan impulsif?


  • membeli dengan tunai
    Jadikan amalan membeli secara tunai sebagai amalan tetap anda. Ini adalah kerana, dengan membayar secara tunai anda dapat melihat wang anda secara fizikal dibelanjakan. Kebiasaannya kita jarang menyimpan wang tunai yang banyak di tangan dan secara tidak langsung menghindar dari pembelian yang tidak diperlukan
  • sediakan senarai barang yang diperlukan
    Seperti juga membeli belah di gedung fizikal, anda harus menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli secara atas talian. Berpegang teguh pada senarai anda, ia mampu mengelakan anda darpada membeli barangan yang tidak diperlukan.
  • guna hanya satu kad kredit
    Pastikan anda hanya mengekalkan satu kad kredit sahaja untuk tujuan pembelian atas talian. Ini sangat membantu anda daripada membuat berlebihan berbanding sekiranya anda memiliki kad kredit yang banyak.
  • Elak dari melayari laman sesawang dan rangkaian tv yang menawarkan promosi
    Laman sesawang dan rangkaian tv ini memang dicipta untuk memujuk penonton untuk membeli barangan yang diperkenalkan. Dengan tidak menontonnya anda secara automatik dapat menyisih daripada berkemungkinan untuk membuat belian
  • rekodkan perbelanjaan anda
    Dengan merekodkan setiap sen wang yang anda belanjakan akan memudahkan anda mengetahui ke mana wang anda belanjakan dan membantu anda untuk membuat perancangan pembelian di masa hadapan
  • tangguhkan pembelian
    Teknik ini dapat membantu anda mengurangkan nafsu membeli dan kemungkinan membuka minda sedar anda bahawa barangan itu tidak anda perlukan. Tiap kali anda melihat sesuatu barangan dan bercadang untuk membelinya, adalah bijak untuk beralih ke laman yang lain atau berhenti daripada melayari Internet. Biasanya selepas 20 minit niat anda untuk membeli akan berkurangan.
  • hadkan penggunaan Internet
    Pastikan anda menghadkan penggunaan internet bagi memastikan anda tidak ketagih melayarinya dan melakukan window shopping ke atas barang-barang yang tidak diperlukan.
  • Bersosial di alam nyata
    Adalah bijak untuk anda membanyakan aktiviti berinteraksi secara bersemuka dengan masyarakat sekeliling daripada melayari internet semata.


Sebagai kesimpulannya, pembelian secara atas talian sebenarnya memberi banyak kemudahan di dalam urusan kita sehari-hari. Ia buka sahaja dapat menjimatkan masa,tenaga dan wang malah memberi keselesaan membeli belah di dalam ruang tamu rumah anda sendiri. Sungguhpun begitu, pengguna haruslah bijak di dalam menentukan keperluan daripada kemahuan kerana dengan mengabaikan tatacara yang positif ia boleh membawa kepada kemusnahan yang besar dalam hidup anda.





Saturday 7 May 2016

Wang Surau Untuk Ceramah Agama Sahaja?



Baru-baru ini saya berbual-bual tentang kejiranan saya bersama beberapa orang penduduk. Dalam rancak berbual tiba-tiba ada yang bertanyakan tentang wang simpanan surau kami. Menurut rakan-rakan tersebut kewangan surau berjumlah puluhan ribu ringgit tetapi ianya tidak digunakan sebaik mungkin untuk tujuan kemajuan surau maupun ummah setempat.

Sebagai ahli jemaah biasa surau yang tidak memegang apa-apa jawatan, saya sempat bertanya apakah perancangan pihak surau pada tahun ini? Menurut penduduk yang menjadi AJK, aktiviti tahun ini adalah aktiviti klise seperti tahun-tahun yang lalu seperti ceramah agama setiap bulan, persediaan menyambut puasa, solat sunat tarawikh, Hari Raya Aidil Fitri, Raya Haji dan sebagainya.

Pihak AJK juga telah merancang untuk memberi wang saguhati kepada golongan ibu tunggal sebanyak RM80 seorang, peningkatan RM30 ringgit berbanding RM50 pada tahun-tahun sebelumnya.

Itu pun mendapat tentangan beberapa AJK yang merasakan jumlah yang dicadangkan terlalu besar. Kadang-kadang saya berasa hairan bin ajaib kerana apalah yang yang hendak dikisahkan seandainya pihak surau dapat mengumpul wang puluhan ribu ringgit.

Malahan RM100 juga adalah jumlah yang sangat kecil kerana saguhati itu hanya diberi setahun sekali sahaja. Apa sangatlah yang dapat dibeli dengan RM80 dengan keadaan ekonomi yang meruncing sekarang dan segala-galanya melambung tinggi.

Sebenarnya pihak surau haruslah berfikiran lebih kreatif dan innovatif di dalam membelanjakan wang surau pada hemat saya. Tiada gunanya wang puluhan ribu tersimpan di dalam akaun surau sekiranya ia tidak dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Antaranya, mengapa tidak diganti kipas yang telah uzur dengan pendingin hawa yang dapat memberi keselesaan kepada jemaah yang hadir ke surau. Dengan jumlah simpanan yang besar itu sudah pasti ia tidak menjejaskan kewangan surau.

Pihak surau juga boleh menggunakan wang simpanan tersebut untuk membantu jemaah yang terlantar di hospital yang kehilangan mata pencarian dengan memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka sementara dapat bekerja semula.

Malah pihak surau boleh sahaja menggunakan wang simpanan yang ada untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan dan membantu mereka yang akan memasuki universiti dan sebagainya.

Pemikiran yang klise dan jumut tentang penggunaan wang surau haruslah diubah. Pihak surau harus lebih terbuka dan berusaha dengan cara yang berkarisma untuk mempelbagaikan aktiviti dan membelanjakan wang kepunyaan surau.

Mengikut pengalaman saya semasa di luar negara, pihak gereja menjalankan pelbagai aktiviti di dalam menarik minat pelbagai golongan serta pelbagai usia untuk hadir ke gereja. Malah aktiviti sukarela menjadi tempat golongan muda untuk mengasah bakat sebagai pemimpin.

Sebagai contoh mereka menjalankan aktiviti 'meal on wheels' bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan ataupun orang-orang tua yang terlantar dengan menyediakan maknana secara percuma dan setiap ahli gereja silih berganti mengambil bahagian menyedia dan menghantar makanan kepada golongan ini.

Rasanya perkara yang sama boleh dipraktikkan di surau-surau dan masjid-masjid di negara kita. Malah pelbagai aktiviti yang lebih santai dan 'educational' harus dijalankan dan bukan yang bercorak keagamaan semata-mata.

Aktiviti-aktivit untuk kanak-kanak seperti belajar membaca, berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, melukis dan bercerita boleh dijalankan. Malah aktiviti-aktiviti sukan seperti badminton, takraw,bola tampar boleh juga di cadangkan.

Dari pemerhatian saya, pihak surau terlalu taksub di dalam aktiviti-aktiviti yang membabitkan 'makan-makan'. Mesyuarat agung surau contohnya pihak surau tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang yang banyak dengan makanan yang agak mewah dan adakalanya menyebabkan pembaziran.

Sudah tiba masanya pihak surau melalui AJKnya menjadi contoh yang terbaik kepada masyarakat setempat dan berperanan lebih empati dan simpati kepada ahli-ahlinya. Bukankan sifat pemurah dan dan dermawan itu sifat yang dituntut oleh Islam dan membelanjakan wang milik masyarakat setempat dengan bijak sudah pasti mendapat balasan setimpal dari Allah.

Wednesday 20 April 2016

Dr Harlina Berlagak Diva?




Baru-baru ini heboh diperkatakan di media sosial tentang perbualan antara penjual dalam talian dan pelanggan yang bernama Dr Harlina. Pelbagai pandangan dan komen dilemparkan oleh warga media sosial terhadap rakaman perbualan tersebut gara-gara Dr Harlina menegur penjual tersebut yang memanggilnya dengan kata ganti nama ‘awak’.

Apakah masalahnya sehingga perkara ini menjadi viral di alam maya? Adakah penggunaan kata ganti nama ‘awak’ itu biadap sehingga mendorong Dr Harlina memberi teguran kepada penjual tersebut?

Sebelum saya memberi pandangan elok kiranya kita fahami situasi yang berlaku agar menjadi pedoman dan pengajaran untuk orang ramai tatkala berinteraksi dan berkomunikasi di alam maya. Terutama ketika menggunakan platform media sosial. 

Perbualan tersebut sebenarnya di antara penjual dan bakal pembeli dalam urusan perniagaan.  Oleh yang demikian bahasa berinteraksi secara formal adalah lebih molek digunakan.

Pendedahan kepada adab dan etika Internet sebenarnya sangat berguna kerana pengguna didedahkan kepada selok belok adab dan etika di Internet. Ia sangat bermanfaat bagi memastikan keharmonian dan kerukunan di media sosial dapat dikekalkan.

Sebelum memulakan perbualan, pastikan anda menegenali audien anda. Ini sangat penting kerana ia akan menggambarkan personaliti anda bila berhadapan dengan orang lain. Seboleh mungkin dapatkan informasi tentang orang yang akan kita berinteraksi. Sebagai contoh, nama, umur, jawatan, dan sebagainya. Ini dapat membantu kita apabila berbual.

Kita tidak boleh membuat andaian semata-mata apabila berkomunikasi tanpa bersemuka. Di telefon contohnya ada orang yang kedengaran lebih muda dari usia dan begitu juga sebaliknya. Apatah lagi apabila berinteraksi di ruang sembang terutama apabila berkomunikasi dengan orang yang baharu dikenali.

Sekiranya orang tersebut lebih tua adalah tidak wajar untuk menggunakan perkataan engkau atau awak kerana ia sangat tidak manis. Gunalah perkataan seperti Tuan, Puan, Encik atau Cik.

Andai kata anda tidak pasti seseorang wanita itu sudah berumahtangga atau tidak eloklah menggunakan perkataan cik sahaja daripada puan. Ini adalah kerana memanggil seseorang wanita yang belum berkahwin walaupun telah berusai lanjut dengan gelaran Puan merupakan sesuatu yang agak sensitif.

Dalam konteks kes Dr Harlina, penjual haruslah memahami bahawa sebagai penjual, beliau haruslah menerima teguran dari pelanggan tersebut. Ini adalah kerana, teguran yang dibuat adalah dalam bahasa yang agak lembut. Dengan memohon maaf kes ini pastinya tidak akan berlarutan.

Sebaiknya tidak perlulah ianya dipanjangkan dengan membuat screen shot rakaman perbualan tersebut. Ini kerana, mengikut adab berkomunikasi di Internet perbualan itu adalah perbualan yang personal jadi dengan mendedahkan kepada publik seolah-oleh anda telah mengingkari persetujuan perbualan antara dua pihak tersebut. Malah kemungkinan ada pihak lain yang akan mengambil kesempatan terhadap screen shot tersebut dengan menangguk di air yang keruh.

Kes ini sepatutnya menjadi pengajaran pada masyarakat bahawa sebarang perlakuan dan perbualan di alam maya haruslah dilayan seolah-olah anda berkomunikasi secara bersemuka dialam nyata. Sebagai pengguna yang bertanggung jawab anda harus menerima segala implikasi terhadap sebarang status atau pos yang anda muat naik di Internet.

Setiap pengguna peranti digital dan perkhidmatan Internet perlu mempelajari etika digital dan Internet tidak kira apa jua latarbelakang sosial, ekonomi dan akedamik.

Kerjaya sebagai dj dan pengacara di radio serta tv sebagai contoh, memerlukan individu yang peka terhadap pandangan orang ramai. Adalah bijak untuk memahami audien yang mendengar serta menonton apabila menuturkan sebarang kata-kata kerana ia boleh menjejaskan reputasi di kalangan masyarakat.

Saya sering mendengar dj radio menggunakan perkataan ‘korang’ atau pun ‘kau orang’. Mungkin bagi sesetengah pihak itu adalah biasa  dan tiada cacat celanya. Tetapi bagi sesetengah pihak pula perkataan itu agak kurang sopan untuk digunakan di corong radio yang mempunyai pendengar dari lapisan masyarakat dan usia. Mungkin perkataan 'korang' lebih sesuai dituturkan antara adik beradik atau di kalangan kawan-kawan sebaya.

Penutup kata, jadilah masyarakat yang sensitif dan berhemah tatkala menggunakan perkhidmatan Internet terutamanya di media sosial dan ruang sembang maya. Kenal pasti tujuan anda menggunakan perkhidmatan tersebut dan pastikan anda menyemak sesuatu pos yang bakal anda muat naik berkali-kali.

Untuk peniaga-peniaga dalam talian pula, lengkapkan diri anda dengan ilmu berkomunikasi agar pelanggan anda berpuas hati dan terus menyokong perniagaan anda.

Sunday 17 April 2016

Tips Membuat Tempahan Hotel Secara Online


Melancong samada di dalam negara ataupun luar negara selalu dikaitkan dengan perbelanjaan yang besar. Ada juga yang beranggapan melancong adalah perbuatan yang membazir kerana tiada sebarang pulangan yang dapat dilihat.

Sebenarnya, aktiviti melancong merupakan aktiviti yang boleh menenagkan fikiran, menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman. Bak kata pepatah jauh berjalan banyak pengalaman.

Dengan kemajuan teknologi maklumat sekarang ini, pelbagai perkhidmatan dapat dicapai bagi menjadikan percutian lebih murah dan mampu dibiayai oleh ramai orang. Malah dengan perkhidmatan di hujung jari seperti telefon pintar dan komputer anda boleh melakukan pelbagai transaksi secara dalam talian seperti tempahan tiket kapal terbang, kereta sewa, tempat penginapan yang lebih murah serta membuat rujukan tempat-tempat yang bakal dilawati dengan lebih awal.

Sungguhpun begitu, sebagai pengguna peranti digital serta perkhidmatan Internet, anda haruslah terlebih dahulu mempelajari serba sedikit selok belok etika penggunaannya sebelum melakukan sebarang transaksi.

Di dalam etika digital dan Internet, pelbagai perlakuan haruslah diberi perhatian bagi memastikan tiada sebarang kerugian serta kemudaratan menimpa tatkala menggunakannya. Sebagai contoh bagaimana mengelak daripada tertipu ketika membuat pembelian dan tempahan sesuatu barangan mahupun perkhidmatan.

Bagaimana untuk memastikan transaksi yang anda lakukan itu selamat dan maklumat peribadi anda tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini adalah kerana tanpa sebarang langkah berjaga-jaga, anda berkemungkinan besar terdedah kepada kecurian identiti (identity theft) yang pastinya mengakibatkan percutian anda berakhir dengan malapetaka.

Apabila anda menggunakan kad kredit atau kad debit untuk tujuan tempahan pengginapan pastikan laman web tersebut benar-benar tulin dan boleh dipercayai. Sebagai contoh, dapatkan nombor telefon, emel dan alamat yang boleh dihubungi. Pastikan laman sesawang untuk sebarang pembayaran adalah selamat (https://) dan bayarlah melalui gerbang pembayaran (payment gateway) seperti ipay88, molpay,paypal, worldpay danlain-lain. Ini adalah kerana gerbang pembayaran ini adalah selamat dan pengguna adalah dilindungi melalui polisi penggunaannya dari sebarang kerugian.


Selain itu, adalah bijak untuk anda membuat tempahan di laman sesawang yang dikenali di seluruh dunia kerana ia bukan sahaja memberi perkhidmatan yang terbaik, malah telah terbukti keberkesanannya serta mempunyai hotline atau support team bagi menanggani sebarang masalah. Sebagai contoh Agoda.com, Booking.Com, Trivago.com, Airbnb.com dan sebagainya.

Malah anda juga digalakkan membaca ulasan (review) yang dihantar oleh pengguna laman sesawang ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik dan membandingkannya dengan ulasan dari laman sesawang yang lain bagi mendapatkan kepastian tentang sesuatu tempat pengginapan tersebut. Ini adalah kerana ada kalanya apa yang anda lihat di Internet tidak sama dengan di alam realiti. Antara laman sesawang yang terkenal di dalam memberi ulasan terhadap tempat-tempat penginapan termasuklah Tripadvisor, Kayak dan Wego.



Oleh yang demikian dengan mempelajari adab dan juga etika berkaitan Internet, dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak serta menyelamatkan diri anda daripada situasi yang tidak diingini tatkala merancang percutian yang anda.

Malah dengan membuat sedikit kajian, anda buka sahaja dapat menikmati percutian yang anda idam-idamkan tetapi ada kalanya membayar dengan kos yang jauh lebih murah berbanding dengan harga yang sebenar.


Dapatkan tips penginapan murah tetapi bergaya dalam tulisan saya yang akan datang. Sila tinggalkan nama dan emel anda, atau langgan blog ini untuk informasi terkini

Monday 4 April 2016

Salahkah Wardina Menghentam Pemilik Tudung FAREEDA?



Sehari dua ini kisah Mawar tuan punya produk tudung FAREEDA hangat diperkatakan di alam maya. Malah Fizo Omar suami kepada Mawar turut sama terpalit akibat kutukan netizen. Ia menjadi hangat ekoran klip video orang ramai bersesak-sesak menyerbu butik tudung FAREEDA yang telah diviralkan.

Pelbagai lapisan masyarakat tumpang semangkuk menyindir dan menghentam pasangan ini gara-gara video tersebut. Di dalam video tersebut kelihatan pelanggan lelaki dan perempuan berebut-rebut sambil menjerit-jerit dalam keadaan kelam kabut untuk mendapatkan tudung terbaharu FAREEDA.

Wardina yang sering muncul dengan pelbagai buah fikiran dan pendapat itu tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyuarakan isi hati beliau.

Beliau dengan tegas menasihati pemilik tudung FAREEDA  agar tidak melayan para pelanggan umpama lembu kerana membiarkan mereka bersesak-sesak  dan dan berebut-rebut untuk mendapatkan tudung terbaharu FAREEDA. Malah Wardina mencadangkan beberapa cara bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

Melihat kepada situasi yang berlaku kedua-dua pihak sebenarnya harus bertindak dengan rasional dan penuh tanggungjawab. Di sinilah etika berkomunikasi di alam maya memainkan peranan yang penting. Tidak menafikan hak untuk bersuara setiap orang tetapi adab menyuarakan pendapat masing-masing merupakan kunci kepada keharmonian di alam maya.

Pihak FAREEDA contohnya haruslah mengambil iktibar dari apa yang berlaku dan jika perlu memohon maaf kepada pelanggan dan juga netizen keseluruhannya. Sungguhpun apa yang berlaku bukanlah atas kemahuan mereka tetapi adalah sesuatu yang mulia atau noble thing to do. Bak kata pepatah; ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. Pihak FAREEDA tidak rugi apa-apa pun sekiranya mengakui kesilapan mereka malah ia dapat mengukuhkan lagi kepercayaan orang ramai terhadap jenama FAREEDA.

Staf yang mengendali akaun laman sosial FAREEDA  harus dilatih agar tidak cepat sentap dengan pelbagai komen yang diberi sebaiknya menerima teguran dengan fikiran terbuka. Perbuatan berbalas-balas kenyataan di laman sosial sebenarnya mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Setiap respon yang dimuat naik melambangkan mentaliti dan pemikiran kita. Oleh itu fikirlah berkali-kali sebelum memuatnaik sesuatu respon kerana kita bertanggungjawab ke atas setiap apa yang kita pos di alam maya. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata rosak binasa.

Berbalik kepada Wardina dan pengkritik-pengkritik yang lain, adalah hak masing-masing sebagai masyarakat umum untuk mengutarakan pendapat. Sungguhpun begitu pemilihan ayat dan perkataan yang digunakan patut  diberi perhatian kerana sebaik-baiknya janganlah kata-kata nasihat kita boleh menyakiti hati dan menyinggung pihak yang lain.

Menggunakan perkataan yang lembut dan beradab bukan sahaja menyerlahkan budipekerti yang luhur malah mencerminkan keimanan yang tinggi. Bukankah Islam itu cantik? Oleh yang demikian, berkomunikasilah di alam maya seolah-oleh kita berkomunikasi secara bersemuka di alam reality. Malah tidak rugi kita nasihat menasihati serta merendah diri; kerana ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Gambar dari http://www.harianblogger.com/2016/04/kes-viral-tudung-fareeda-kepada-fizo.html

Saturday 26 March 2016

Adab BerwhatsApp


Kebanyakan pengguna telefon pintar atau smart phone pasti pernah menggunakan perkhidmatan ruang sembang sosial seperti Wechat, Line, Telegram, WhatApps dan sebagainya. Penggunaan mesej sosial ini sangat praktikal dan murah berbanding menghantar mesej atau bercakap di telefon.

Penyedia perkhidmatan ruang sembang sosial ini juga menyediakan platform di mana pengguna boleh berinteraksi secara berpasangan maupun secara berkumpulan. Ini merupakan perkhidmatan yang sangat praktikal dan memudahkan sekiranya sesuatu kumpulan seperti keluarga, rakan sepejabat, organisasi dan sebagainya ingin menyampaikan pesanan atau informasi yang penting dengan pantas secara pukal.

Sungguhpun begitu, ada masanya perlakuan sesetengah orang di dalam sesuatu group atau kumpulan sembang tersebut boleh mendatangkan rasa tidak senang ahli-ahli kumpulan yang lain. Apa tidaknya kerana terdapat sesetengah ahli yang tidak memikirkan sensitiviti dan perasaan ahli-ahli yang lain ketika bersembang. Ada juga jenis yang suka memonopoli perbincangan dan tidak kurang juga yang berlagak sebagai polis yang sering mengarah itu dan ini kepada ahli-ahli yang lain.

Oleh yang demikian sebelum kita berinteraksi dan berkomunikasi di dalam sesuatu kumpulan ruang sembang perkara-perkara berikut haruslah diambil kira.
  1.  Kenal pasti ahli-ahli di dalam kumpulan sembang tersebut - adakalanya terdapat pelbagai kaum, fahaman dan kepercayaan di dalam sesuatu kumpulang sembang dan pastinya anda tidak mahu terlajak kata semasa bersembang
  2. Elakkan bercerita kecenderungan politik serta fahaman masing-masing - tidak semua orang berkongsi fahaman politi yang sama dengan anda
  3. Elak memonopoli sesuatu tajuk perbincang - anda bukan lagi ketua kelas atau pengawas atau juga boss di tempat kerja bila bersembang di dalam chat group
  4.  Jangan berkongsi kisah peribadi di ruang sembang - sekiranya anda perlu bercerita masalah anda dengan sesorang pastikan anda menghubunginya secara peribadi
  5. Elakkan mengemaskini status dengan perkara-perkara yang boleh memberi tanggapan yang salah kepada ahli kumpulan yang lain - perkara-perkara yang samar boleh menimbulkan fitnah yang boleh memudaratkan pastikan apa yang anda ingin nyatakan terang dan jelas
  6. Jangan berlebih-lebihan di dalam berkongsi saat gembira dan kemewahan - ketahuilah ada juga orang yang tidak senang duduk sekiranya anda terlalu berlebih-lebihan dan mungkin ramai yang akan meluat
  7. Kenal pasti tujuan sebenar sesuatu kumpulan sembang itu diwujudkan - ruang sembang keluarga mungkin sesuai untuk bertanya khabar dan mengumumkan sesuati majlis
  8. Jangan berkongsi sesuatu berita yang tidak sahih kebenarnya
  9. Kongsi gambar-gambar berkumpulan setelah mendapat persetujuan semua yang di dalam gambar tersebut - mungking anda kelihat anggun di dalam gambar tersebut dan ahli yang lain tidak
  10. Jangan menyalahguna ruang sembang untuk tujuan peribadi kecuali setelah mendapat kebenaran admin

Sebagai contoh ruang sembang masjid ataupun surau bertujuan untuk memaklumkan informasi terkini tentang aktiviti-aktiviti masjid atau surau dan tidak bijak sekiranya digunakan untuk bersembang tentang politik ataupun tempat membuat promosi perniagaan.


Oleh yang demikian dengan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti yang dicadangkan di atas diharap, ruang sembang sosial dapat digunakan untuk tujuan positif dan merapatkan ukhwah antara satu sama lain.

Friday 18 March 2016

Medan Selera Ampangan – Design Malfunction?



Medan Selera di Ampangan telah beroperasi semula setelah sekian lama memberi laluan kepada pembinaan semula bazaar tersebut. Dan reka bentuknya kelihatan sangat menarik dan mengekalkan cirri-ciri rekabentuk tradisional Negeri Sembilan terutama reka bentuk bumbungnya yang berkonsepkan Minang.

Pertama kali melihat medan selera ini sudah pasti anda akan terkesima akan betapa gah sizenya. Sudah pasti juga lebih ramai peniaga dan tempat duduk disediakan untuk kemudahan peniaga dan pengunjung untuk menjamu selera di sini.


Malangnya selepas meninjau ke dalam medan selera  tersebut harapan dan jangkaan ternyata meleset. Antara sebabnya saya senaraikan di bawah:

  1. Bangunan yang besar tetapi menyediakan ruang niaga yang terlalu sempit untuk operator menjalankan perniagaan.
  2. Bangunan yang tinggi tetapi hanya menyediakan ruang niaga di bahagian ground floor sahaja. Sepatutnya pihak yang terlibat harus menggunakan ruang yang ada dengan menjadikannya 2 tingkat.
  3. Design yang tidak praktikal kerana tidak mengambil kira pembaziran akibat penggunaan ruang yang tidak menyeluruh.
  4. Ruang niaga boleh dibesarkan lagi bagi kemudahan penyediaan makanan dengan selesa.
  5. Ruang tambahan boleh dibina di tingkat satu untuk peniaga yang tidak berasaskan makanan seperti kain baju, cenderahati, buku, computer, telefon bimbit dan sebaginya.
  6. Hiasan dalaman yang sangat membosankan dan tidak family friendly. Dalam dunia Internet sekarang sepatutnya pihak yang mereka konsep medan selera ini membuat sedikit penyelidikan agar ianya menjadi lebih ceria dan moden. Reka bentuk dalaman terlalu klise , konservatif dan terlalu membosankan.
  7. Pilihan warna yang muram.
  8. Penyediaan kaunter servis yang seragam untuk semua lot perniagaan.
  9. Ruang tempat duduk yang tidak pelbagai kerana kebanyakannya menyediakan meja untuk 4-6 orang semeja. Patut fikirkan ruang untuk pelanggan yang datang bersendirian dan berpasangan kerana ia akan menjimatkan pembazirkan tempat duduk.  
  10. Kipas angin dinding tidak dapat membantu penyejukan di dalam medan selera ini. Mungkin penggunaan kipas siling dan kipas berkabus lebih praktikal bagi memberi keselesaan pada pengunjung.
Ruang bumbung yang terlalu tinggi boleh menampung satu tingkat lagi.

Warna dan suasana yang muram.



Selain rekabentuk yang tidak praktikal dan hiasan dalaman yang suram tiada sebarang promosi dijalankan bagi mengwar-warkan pembukaannya. Lihat sahaja di dalam gambar yang disertakan hanya ada beberapa premis sahaja yang dibuka dan terlalu kurang pelanggan yang berkunjung.


Kafe di Khalifa University, Abu Dhabi - Selesa dan ceria.
Adalah bijak sekiranya  aktiviti-aktiviti promosi dianjurkan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke medan selera ini. Dengan menyediakan pentas khas, program kemasyarakatan boleh diadakan di sini untuk manfaat masyarakat setempat.

Oleh yang demikian adalah bijak sekiranya sesuatu pembangunan itu dirancang dan dibuat kajian terperinci dengan mengambil kira sasaran audien dan praktikaliti penggunaannya utuk tempuh 10-20 tahun akan datang.

Wednesday 16 March 2016

Tips Memilih Hotel

Ramai  yang beranggapan menginap di hotel adalah perkara yang membazir. Ramai yang lebih gemar menumpang di rumah kawan atau saudara mara bila bercuti atau mempunyai urusan kerja di luar kawasan.

Mungkin ada kebenarannya tetapi menginap di hotel sebenarnya memberi lebih kebebasan dan ketenangan mental bergantung kepada pilihan hotel masing-masing.

Yang paling penting apabila membuat pemilihan hotel ialah kelas hotel itu sendiri. Hotel 1 bintang sudah pasti berbeza daripada hotel bertaraf 5 atau 6 bintang . Ini adalah kerana perkhidmatan dan layanannya adalah berbeza.

Apa yang anda perlukan akan menentukan harga untuk sesuatu hotel yang dipilih sebagai contoh perkhidmatan gym, kolam renang, business centre, restoran,spa dan sebagainya.

Kolam renang di Eco Tree Hotel, Melaka
Sungguh pun begitu, terdapat tips mudah yang boleh anda gunakan apabila membuat pemilihan hotel bagi memastikan setiap sen yang dikeluarkan itu berbaloi.

Bilik penginapan dan sarapan dari RM130 di Eco Tree Hotel, Melaka
  1. Pastikan perkhidmatan yang anda inginkan dengan membuat saringan apabila menggunakan enjin pencari hotel seperti Trivago, Hotel Combined, Agoda, Trip Advisor, Booking dan sebagainya.
  2. Bandingkan dengan sekurang-kurangnya 3 enjin pencari hotel kerana sungguh pun enjin pencari hotel seperti Trivago dikatakan membandingkan lebih daripada 200 laman sesawang hotel, adalah bijak melayari enjin pencari hotel yang lain ataupun laman sesawang hotel yang anda minati secara berasingan
  3. Pastikan harga telah termasuk cukai-cukai yang terbabit – (Agoda mobile apps memaparkan What You See, What You Get bagi hotel-hotel yang anda pilih. Bermaksud harga yang ditunjukan ,merupakan harga bersih atau nett price sesuatu bilik.)
  4. Cari hotel yang baru – kerana hotel yang baru lebih selesa dan pastinya layanan lebih bagus kerana mereka cuba menarik lebih ramai pelanggan ke hotel mereka.
  5. Soft Opening promotion – Hotel-hotel yang baru dibuka biasanya memberi potongan yang banyak sabagai daya penarik untuk pelanggan mencuba hotel mereka
  6. Sarapan pagi – pastikan harga bilik termasuk sarapan pagi kerana ia dapat memberi penjimatan dan keselesaan tanpa perlu tercari-cari tempat untuk minum pagi (kecuali anda bercadang untuk sarapan pagi di luar)
  7. Sekiranya mempunyai budget yang lebih di hotel 4-5 bintang pilihlah Club Room kerana ia menawarkan sarapan pagi dan juga pre dinner cocktail bagi sesetengah orang ia umpama makan malam selain free flow minuman ringan, jus serta minuman panas dari pagi ke malam.
  8. Jika membawa anak-anak di bawah umur cuba cari hotel yang menawarkan pekej kids eat FREE.  Kalau tidak silap Holiday Inn ada menawarkan pekej ini.
  9. Elak menginap pada hujung minggu kerana kebanyakan hotel mengenakan surcaj untuk penginapan pada hari Jumaat dan Sabtu, cuti umum dan cuti sekolah.
  10. Tempahlah bilik hotel anda seawal yang boleh kerana kebanyakan hotel memberi potongan yang besar kepada tempahan awal atau early bird.
  11. Menempah pekej kapalterbang beserta tempat penginapan juga memberi potong yang besar. Cuba layari Malindo Air Flight+Hotel package.
  12. Pilihlah family room sekira menginap bersama anak-anak kerana ianya lebih murah berbanding menempah 2 bilik berasingan.
Holiday Inn.... Kanak-kanak menginap dan makan percuma

Club lounge untuk Club Room Le Meridien KK
Ini merupakan sebahagian yang anda boleh lakukan sekiranya anda ingin menginap di hotel dan bagi memastikan setiap sen yang anda belanjakan memberi pulangan yang sebaiknya.

Sekiranya budget bukan halangan pasti sahaja anda boleh memilih mana-mana rangkaian hotel antarabangsa untuk penginapan anda di masa hadapan. Tetapi di dalam kegawatan ekonomi negara sekarang membuat pemilihan yang bijak pasti memberi penjimatan yang besar.

Pictures belong to respective sites.




Tuesday 15 March 2016

MAS Vs MAB


Urusan kerja ke Kuching baru-baru ini telah memberi kesempatan kepada saya untuk merasai pengalaman terbang bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB) setelah agak lama tidak terbang selepas diterajui oleh CEO mat saleh.

Penerbangan pertama saya bersama Malaysia Airline System adalah kira-kira 31 tahun yang lalu tatkala saya baru berusia 17 tahun. Penerbangan ke Sydney, Australia bersama pesawat yang paling canggih pada masa itu Boeing 747 double deck. Sesungguhnya MAS merupakan penerbangan yang sangat mesra penumpang dan membuatkan saya seorang anak kampung yang pertama kali menaikinya merasa sangat selesa dan selamat.

Masih tergambar layanan mesra, makanan yang enak sungguhpun hanya berada di kelas ekonomi. Penerbangan pulang pula kira-kira setahun selepas itu dan MAS masih lagi memberi perkhidmatan yang tidak ada tolok bandingnya.

Masa beredar dan saya berkesempatan merasai pengalaman terbang dengan pelbagai syarikat penerbangan lain di dunia namun MAS tetap di hati sungguhpun dibelenggu dengan pelbagai masalah kewangan dan kejadian kehilangan dan ditembak jatuh.

Apa yang memusykilkan saya adalah kerugian yang dicatatkan tidak setimpal jika dilihat secara mata kasar akan sambutan orang ramai terhadap syarikat ini. Penerbangan dalam negeri biasanya penuh walaupun bersaing dengan syarikat tambang murah yang lain dan destinasi ke luar negara juga tidak kurang ramai penumpang. Mungkin ada faktor lain yang menyumbang kepada kerugian tersebut.

Pengalaman ke Kuching baru-baru ini telah membuka tanggapan baru saya terhadap MAS, opppps MAB - Malaysia Airlines Berhad. Sebagai sebuah syarikat penerbangan full service, makanan yang dihidangkan sangat-sangat menghampakan.

"Encik nak nasi goreng kambing atau mutabak?" soal pramugara.

Untuk penerbangan petang itu saya memilih nasi goreng kambing dan rakan sebelah saya memilih murtabak. Aduhhhh bila dibuka saja bekas nasi goreng itu jelas sekali ia nasi goreng biasa dangan hirisan (saya andaikan abuk daging) daging kambing yang sangat kecil dan mungkin memerlukan kanta untuk melihatnya.

Saya tidak menyalahkan pramugara tersebut kerana beliau hanya sekadar menghidangkan sahaja. Masalahnya sudah tentu dari syarikat sendiri dan juga syarikat pembekal makanan. Secara tidak langsung ia telah menjatuhkan imej syarikat penerbangan yang satu waktu dulu sangat teliti tentang makanan yang disajikan.

Nasi goreng itu datang bersama sebungkus kacang tanah goreng dan sekeping biskut. Begitu juga kepingan murtabak yang disajikan. Kalau dibanding dengan syarikat baru Rayani Air jelas Rayani mendahului di dalam kualiti makanan yang dihidangkan.

Begitu juga hidangan dari Kuching ke Kuala Lumpur; penerbangan lewat malam menghidangkan sandwich telor mayonise dan sandwich hirisan ayam, ia datang bersama sekeping kek span dan kacang tanah goreng.

Jelas sekali inilah yang telah dilakukan oleh MAB di bawah tangan orang asing.... Secara tak langsung ia boleh membuat penumpang setia penerbangan negara beralih ke penerbangan baru yang lebih berkualiti. Cara yang terbaik untuk menjimatkan kos mungkin dengan down grade tempat bermalam crew dari hotel 5 bintang ke 3 bintang atau pun dengan menyediakan satu jenis main menu yang berkualiti untuk penumpang bahi setiap set dan hapuskan hidangan sampingan seperti kek,biskut atau kacang goreng.

Majalah Going Places masih tersedia untuk penumpang - (menggantikan Wings of Gold suatu masa dulu)

Pengalaman terbaharu bersama MAB memang di luar jangkaan, mujur kekurangan itu dapat diseimbangkan dengan layanan mesra yang tetap tidak berubah dari pramugara dan pramugari MAS oppps MAB.

Kembalikan kegemilangan Malaysia Airlines.



Selamat Datang

Selamat Datang.

Telah agak lama saya tidak menulis di ruangan blog. Kira-kira lebih tiga tahun dan dalam tempuh vakum tersebut pelbagai perkara yang telah berlaku dan telah mewarnai tanggapan dan minda saya. Oleh yang demikian, kehadiran blog ini diharap dapat memberi sedikit sebanyak informasi untuk dikongsi bersama khalayak di alam maya.

Saya akan menulis apa saja yang terfikirkan dan yang mungkin dapat memberi sedikit manfaat kepada mereka yang membaca.

Sekali lagi selamat datang, semoga diterima oleh anda.


Zamri Pilus