Thursday 18 August 2016

MLM Vs Skim Piramid


Bila bercakap tentang MLM atau Networking Business ramai yang mengaitkannya dengan skim pyramid atau ponzie scheme. Oleh itu, banyak program yang berasaskan MLM dipandang serong oleh orang ramai berikutan banyaknya skim pyramid yang berselindung di sebalik program MLM.

Perniagaan seperti Avon, Mary Kay, Amway dan HerbaLife contohnya adalah perniagaan yang terkenal di merata dunia yang mengamalkan pelan perniagaan berbilang tingkat atau MLM.  

Untuk memastikan anda tidak terjebak ke skim pyramid adalah bjak untuk anda mengenali dengan lebih jelas perbezaan kedua-duanya. Ini dapat membantu anda membuat keputusan samada untuk menyertai sesuatu program ataupun tidak.



Program yang tidak mempunyai sebarang produk untuk ditawarkan kepada orang ramai atau ahli kebanyakkanya tergolong di dalam skim pyramid.

Keuntungan skim pyramid di dapati hanya dengan merekrut ahli-ahli baharu dan yuran keahlian peserta baharu menjadi sumber pendapatan ahli yang terdahulu. Dalam erti kata lain, proses merekrut perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan sumber pendapatan tidak terputus.

Biasanya keuntungan besar akan diraih oleh orang atasan dan ahli-ahli terkemudian terdedah kepada risiko tidak mendapta sebarang keuntungan. Program ini biasanya akan terhenti tatkala tiada lagi ahli baharu yang dapat direkrut.

Skim pyramid merupakan suatu perniagaan yang tidak sah dikebanyakkan negara dan bagi melindungi skim ini produk palsu dalam bentuk pelaburan ditawarkan.

Berbanding skim pyramid, program MLM mempunyai produk yang ditawarkan. Yuran permulaan menjadi ahli bertujuan menjamin potongan harga kepada ahli berbanding pembeli luar. Di sini ahli boleh menjadi pengedar atau distributor yang mendapat keuntungan runcit apabila sesuatu produk tersebut dijual.



Di dalam pemasaran MLM, ia juga menawarkan keuntungan apabila seseorang distributor membawa masuk peserta baharu yang igin menjadi ahli. Dalam erti kata lain, ahli sesuatu perniagaan itu beroleh untung runcit jualan dan juga pelbagai insentif apabila membawa masuk ahli yang baharu.Yang menarik di dalam perniagaan MLM, seseorang upline dapat memperolehi keuntungan daripada jualan ahli-ahli di bawah mereka.

Tidak seperti skim pyramid, ahli sesuatu program MLM yang tulin mempunyai pilihan samada ingin menjana pendapatan daripada keuntungan runcit semata-mata atau turut sama mempromosi perniagaan tersebut dan berkongsi keistimewaan program dengan bakal ahli baharu.

Sebagai kesimpulan, sebelum menyertai sebarang perniagaan mirip MLM, anda hendaklah menjalankan kajian dan siasatan terhadap perniagaan tersebut terlebih dahulu. Pastikan nama dan alamat perniagaan tersebut, produk yang di tawarkan dan juga organisasinya.

Perniagaan yang sah akan mempamirkan semua info yang kita perlukan dan menyenaraikan orang-orang yang menerajui sesuatu organisasi tersebut.








No comments:

Post a Comment