P.Zamri Menulis
Thursday, 18 August 2016
MLM Vs Skim Piramid
Bila bercakap tentang MLM atau Networking Business ramai yang mengaitkannya dengan skim pyramid atau ponzie scheme. Oleh itu, banyak program yang berasaskan MLM dipandang serong oleh orang ramai berikutan banyaknya skim pyramid yang berselindung di sebalik program MLM.
Perniagaan seperti Avon, Mary Kay, Amway dan HerbaLife contohnya adalah perniagaan yang terkenal di merata dunia yang mengamalkan pelan perniagaan berbilang tingkat atau MLM.
Untuk memastikan anda tidak terjebak ke skim pyramid adalah bjak untuk anda mengenali dengan lebih jelas perbezaan kedua-duanya. Ini dapat membantu anda membuat keputusan samada untuk menyertai sesuatu program ataupun tidak.
Program yang tidak mempunyai sebarang produk untuk ditawarkan kepada orang ramai atau ahli kebanyakkanya tergolong di dalam skim pyramid.
Keuntungan skim pyramid di dapati hanya dengan merekrut ahli-ahli baharu dan yuran keahlian peserta baharu menjadi sumber pendapatan ahli yang terdahulu. Dalam erti kata lain, proses merekrut perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan sumber pendapatan tidak terputus.
Biasanya keuntungan besar akan diraih oleh orang atasan dan ahli-ahli terkemudian terdedah kepada risiko tidak mendapta sebarang keuntungan. Program ini biasanya akan terhenti tatkala tiada lagi ahli baharu yang dapat direkrut.
Skim pyramid merupakan suatu perniagaan yang tidak sah dikebanyakkan negara dan bagi melindungi skim ini produk palsu dalam bentuk pelaburan ditawarkan.
Berbanding skim pyramid, program MLM mempunyai produk yang ditawarkan. Yuran permulaan menjadi ahli bertujuan menjamin potongan harga kepada ahli berbanding pembeli luar. Di sini ahli boleh menjadi pengedar atau distributor yang mendapat keuntungan runcit apabila sesuatu produk tersebut dijual.
Di dalam pemasaran MLM, ia juga menawarkan keuntungan apabila seseorang distributor membawa masuk peserta baharu yang igin menjadi ahli. Dalam erti kata lain, ahli sesuatu perniagaan itu beroleh untung runcit jualan dan juga pelbagai insentif apabila membawa masuk ahli yang baharu.Yang menarik di dalam perniagaan MLM, seseorang upline dapat memperolehi keuntungan daripada jualan ahli-ahli di bawah mereka.
Tidak seperti skim pyramid, ahli sesuatu program MLM yang tulin mempunyai pilihan samada ingin menjana pendapatan daripada keuntungan runcit semata-mata atau turut sama mempromosi perniagaan tersebut dan berkongsi keistimewaan program dengan bakal ahli baharu.
Sebagai kesimpulan, sebelum menyertai sebarang perniagaan mirip MLM, anda hendaklah menjalankan kajian dan siasatan terhadap perniagaan tersebut terlebih dahulu. Pastikan nama dan alamat perniagaan tersebut, produk yang di tawarkan dan juga organisasinya.
Perniagaan yang sah akan mempamirkan semua info yang kita perlukan dan menyenaraikan orang-orang yang menerajui sesuatu organisasi tersebut.
Wednesday, 10 August 2016
Rahsia Kadar Termurah Hotel Terbongkar!
Percutian merupakan komoditi yang paling laris di dunia. Siapa yang tidak mahu melancung dan bersantai di pelbagai tempat menarik dan di hotel dan resort ternama? Lebih-lebih lagi percutian di luar negara.
Malangnya mereka yang berkemampuan sahaja yang dapat menikmati percutian mewah sebegini. Ini adalah kerana kos untuk percutian atau penginapan di premis begini memerlukan bajet yang tinggi dan di luar kemampuan ramai orang.
Tetapi tahukah anda terdapat cara-cara tertentu yang membolehkan anda menikmatinya dengan bajet yang lebih rendah dan mampu milik kepada semua lapisan masyarakat.
Sekiranya kita membuat tempahan di hotel-hotel secara terus atau di enjin penempahan seperti Agoda, Booking, Expedia, Hotel Combined, Hotel.com dan sebagainya, pasti anda perasan bahawa harga yang di tawarkan tidak jauh berbeza antara satu sama lain?
Ini adalah kerana pengusaha hotel dan enjin penempahan hotel di Internet (Online Travel Agents - OTA) terikat dengan peraturan yang dikenali Rate Parity yang membawa maksud Kadar Sama Rata. Dengan Rate Parity, pengusaha tidak dibenarkan menawarkan harga bilik dengan kadar murah yang melampau kerana ia akan membinasakan pasaran industri perhotelan.
Mana-mana pihak yang memberi kadar potongan harga yang melampau melalui Rangkaian Terbuka Umum atau Public Open Loop (POL) melalui OTA boleh dikenakan tindakan dan seterusnya boleh ditamatkan perniagaan mereka.
OTA dikehendaki menawarkan harga yang sama atau lebih tinggi daripada harga borong yang diperolehi daripada pihak premis. Ia bagi memastikan pasaran sama rata pada semua saluran untuk memelihara perhubungan antara OTA dan hotel serta rakan kongsi agar tiada saluran pemasaran yang diberikan keutamaan.
Ia juga memberi peluang kepada pihak hotel untuk menimbang dan menilai kerjasama antara mereka dan OTA dalam tempoh masa yang diberikan dan membuat keputusan samaada untuk meneruskan kerjasama atau tidak bergantung kepada jumlah pelanggan yang mereka terima.
SATU-SATU CARA untuk pelanggan mendapat potongan harga yang benar-benar rendah ialah dengan menyertai program RANGKAIAN TERTUTUP"BERBAYAR" dengan Kata Laluan Terlindung PERSENDIRIAN (PRIVATE Password Protected CLOSED LOOP "PAID").
HODO Global sebagai contoh adalah program JALINAN TERTUTUP"BERBAYAR" dengan Kata Laluan Terlindung PERSENDIRIAN. Oleh yang demikian ia layak mendapat harga borong (wholesale price) dari pihak hotel dan menawarkannya kepada ahli-ahli mereka.
Oleh yang demikian, sekiranya anda bercadang untuk bercuti dan menginap di hotel-hotel dan resort ternama dengan harga yang berkali ganda murah sertailah program-program sebegini yang banyak ditawarkan.
Sungguhpun begitu, anda haruslah berhati-hati kerana setiap program yang ditawarkan amat berbeza antara sama lain.
Tidak seperti program yang lain, HODO Global mempunyai enjin penempahan yang boleh diakses oleh Rangkaian Terbuka Umum atau Public Open Loop (POL) yang menjanjikan harga yang lebih rendah daripada lain-lain enjin penempahan. Dan setiap tempahan di situ menjanjikan komisyen yang menarik untuk ahli.
Sebagai kesimpulannya menyertai program di atas membolehkan anda mendapat diskaun yang sangat besar untuk penginapan di hotel-hotel dan resort mewah dan pada waktu yang sama menjana pendapatan apabila orang ramai menempah di enjin penempahan HODO Global pautan anda.
Tuesday, 9 August 2016
Memulakan Agensi Pelancungan Dari Rumah
Saya pernah terfikir mempunyai sebuah agensi pelancongan adalah satu perkara yang hebat. Bagi saya , industri ini memberi peluang kepada kita untuk melancung dan menginap di pelbagai tempat.
Tetapi tanggapan saya terhadap industri ini berubah setelah bertemu dengan kawan lama saya baru-baru ini yang menjalankan perkhidmatan pelancongan selama hampir 15 tahun. Sebuah agensi pelancongan konvensional tidak lagi seperti apa yang saya gambarkan.
Beliau memberitahu bahawa semua jenis perniagaan kini sedang bergerak ke hadapan ke arah teknologi maklumat iaitu Internet. Mereka yang mengabaikan kuasa Internet akan ketinggalan.
Beliau juga berkata bahawa tiada istilah pelanggan yang setia pada masa kini kerana pelanggan mempunyai begitu banyak pilihan dan mereka akan sentiasa pergi ke tempat lain yang menawarkan kadar yang lebih murah.
Sangat jarang orang pergi ke agensi pelancongan untuk menempah bilik hotel, tiket penerbangan atau pakej pelancongan lagi pada masa kini. Malah orang ramai telah mula melakukan DIY untuk kerja-kerja umrah mereka sendiri.
Tiada siapa yang memerlukan ejen pelancongan untuk tempahan bilik hotel apabila mereka boleh membuat tempahan sendiri di Agoda, Trivago, Booking.com, Hotel Combined dan sebagainya.
Tiada siapa yang memerlukan ejen pelancongan untuk menempah tiket penerbangan apabila mereka boleh menempah tiket secara dalam talian dengan harga yang lebih murah di Internet?
Kayak dan Wego contohnya membolehkan orang ramai untuk mencari tiket penerbangan murah dan membandingkan pelbagai kadar syarikat penerbangan pada satu masa.
Terdapat juga syarikat-syarikat dalam talian yang menawarkan pengembaraan dan percutian mewah untuk dipilih dan ia adalah lebih murah berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan konvensional.
Bagaimanakah mereka melakukannya? Sudah pasti mereka mesti mempunyai perundingan awal dengan hotel-hotel dan resort-resort tersebut bagi mendapat harga terbaik, dan sebagai balasan menyalurkan bilangan pelanggan yang ramai kepada mereka.
Dengan menyertai syarikat percutian begini, mereka dapat menyalurkan keuntungan yang sepatutnya dibayar kepada agensi-agensi pelancongan dengan mengagihkan diskaun yang besar kepada ahli-ahli mereka.
Sebuah syarikat global baru Hodo Global contohnya menawarkan kadar bilik penginapan paling murah di Internet. Enjin penempahannya yang dinamakan Tripspin akan dilancarkan Ogos ini dan menawarkan sekurang-kurangnya 8 daripada 10 hotel dengan harga paling murah berbanding pesaing yang lain.
Siapa yang tidak mahu tinggal di hotel mewah dengan kadar yang lebih murah? Penjimatan boleh digunakan untuk membeli makanan dan cenderamata semasa bercuti.
Sebagai ahli Hodo Global anda bagaikan mempunyai sebuah ejensi pelancungan dalam talian sendiri di rumah. Dengan mempromosikan link Hodo di kalangan rakan media sosial anda seperti di Facebook atau Instagram ataupun kumpulan WhatsApp anda, membolehkan mereka mendapat diskaun hebat sama seperti anda. Apabila mereka menempah melaluip autan anda, anda akan mendapat ganjaran.
Hodo Global juga menawarkan lawatan, pelayaran, tiket penerbangan dan kereta sewa yang menawarkan diskaun kepada orang awam dalam talian. Selain daripada itu, ahli Hodo Global akan diberi Tawaran Dalaman (Insider Deals) yang sangat murah yang boleh digunakan untuk percutian seterusnya atau menjualnya kepada bukan ahli.
Bayangkan memiliki portal yang sama dengan Agoda, Booking, Expedia dan Trivago anda sendiri. Dan apabila orang menempah bilik mereka, anda akan mendapat bayaran. Apabila rakan-rakan anda dan ahli keluarga mahu menyertai anda, anda juga akan mendapat bayaran. Sebagai ahli anda boleh mengambil kesempatan itu dengan membayar hanya sebahagian kecil daripada bajet perjalanan anda untuk percutian mewah bersama keluarga dan orang yang tersayang.
HODO Global adalah perniagaan berteknologi tinggi masa depan. Setiap urusan dijalankan secara automatik. Dengan Hodo Global 'bekerja dari rumah' tidak lagi mustahil. "Ayuh jimat lebih banyak, jana pendapatan lebih banya dan melawat lebih banyak tempat."
* Pra Pendaftara PERCUMA sekarang di HODO
Global
Sunday, 7 August 2016
Starting A Travel Agency From Home
I used to think that having a travel agency is a cool thing. For me,being involve in it means you get the chance to travel the world and stay at various properties.
But meeting with my old friend recently who has been doing travel services for almost 15 years now have changed my perception. A conventional travel agency nowadays is not what it used to be.
He mentioned how his agency and other travel agencies have to compete with various other companies that offer travel related services such as hotel room, trips, cruises and even flight tickets. Competition is stiff and the profit margin is getting slimmer.
He mentioned that all types of businesses now are moving forward toward technology that is the Internet. Those who ignore the power of Internet will be left behind.
He also said that there is no such thing as a loyal customers nowadays because customers have so many choices and they will always go somewhere else that offer cheaper rates.
You rarely see people go to travel agency to book hotel rooms, flight tickets or travel packages anymore. People have even started doing DIY for umrah trips themselves.
Who needs a travel agent for booking hotel rooms when you have Agoda, Trivago, Booking.com, Hotel Combined etc.
Who needs a travel agent to book flight tickets when you can easily book via the online ticketing with cheaper prices at your own conveniences? Kayak and Wego for example allow people to search for cheap flight tickets and comparing multiple airlines rates at one go.
There're even online companies that offer luxury trips and vacation for people to choose from and it is even cheaper compared to what the travel agencies are offering.
How do they manage to do it? Of course they must have prior arrangement with these hotels and resorts negotiating the best prices, and as a return channelling huge volume of customers to them.
By joining this type of companies it helps to cut the profit made by the travel agencies and pass it back to the members a huge discount.
A new global company HODO Global for example is offering the cheapest hotel room rates on the internet. Its booking engine named Tripspin will be launched this August and offering at least 8 out of 10 hotels cheaper than other competitors.
Who doesn't want to stay at luxury hotel with a cheaper rate? The savings can be used to buy food and souvenirs when you are on vacation.
Being a member of HODO Global is like having an online travel agent of your own at home. By promoting your HODO Global link online on Facebook or Instagram or even on your WhatsApp group will enable other people to get the same discount or cheapest room rates. When people book via your link, as a member you will be rewarded.
HODO Global also offer trips, cruises, flight tickets and car rental which offer discounts to member of the public online. HODO Global members on the other hand will be offered rock bottom prices known as Insider Deals which can be used for future trips or sell it to non members.
Just imagine owning a portal similar to Agoda, Booking, Expedia and Trivago of your own. And when people book their room you'll get paid. When your friends and family members want to join you, you will also get paid. As a member you can take the advantage by paying only a fraction of your traveling budget for a luxury vacation with your family.
So this is the business of the future. Every thing is automated and with HODO Global the phrase 'working from home' is no longer impossible. "Lets save more money, make more money and visit more places."
p/s Pre-register at HODO Global for FREE NOW.
Friday, 5 August 2016
Berniaga Tanpa Produk Sendiri?
Di dalam kehidupan yang kian mencabar, tekana di tempat kerja, kekangan masa, tanggungjawab yang bertambah di dalam mengendalikan hal ehwal keluarga mendorong ramai orang untuk memulakan perniagaan sendiri.
Tetapi perniagaan jenis apakah yang paling sesuai untuk diceburi bagi meminimumkan risiko kerugian dan memastikan seseorang itu mempunyai lebih masa bersama keluarga berbanding dengan kerjaya makan gaji?
Tahukah anda bahawa Airbnb merupakan syarikat penginapan yang tidak mempunyai sebarang hotel mereka sendiri? Uber syarikat pengangkutan yang tidak mempunyai sebarang kenderaan sendiri? Alibaba syarikat peruncitan yang tidak mempunyai inventori sendiri dan Facebook syarikat media sosial yang tidak menghasilkan sebarang 'content' mereka sendiri?
Tetapi tahukan anda bahawa syarikat-syarikat ini membuat keuntungan berjuta-juta dollar setiap tahun? Bagaimanakah mereka melakukannya? Jawapannya dengan mengambil kesempatan berkongsi atau kolobarasi ekonomi dengan pertolongan jaringan media sosial.
Internet merupakan satu tool yang sangat hebat untuk memulakan sesuatu perniagaan. Anda bukan sahaja dapat mencapai audien yang tiada hadnya malah tanpa sempadan.
Sebagai contoh dengan HODO Global anda boleh sahaja memiliki sebuah travel agensi yang beroperasi dari rumah dan segala urusan berjalan secara automatik.
HODO menawarkan perkhidmatan penempahan hotel, pekej perlancungan, pelayaran, tiket kapalterbang dan kereta sewa. Sebagai ahli HODO anda dibekalkan dengan portal tempahan di mana setiap tempahan melayakkan anda mendapat komisyen yang lumayan.
Tugasan seorang promoter HODO hanyalah mempromosi link anda kepada kenalan di laman sosial dan ia boleh dilakukan dimana-mana sahaja asalkan anda mempunyai aksess internet.
Sebagai ahli anda juga mendapat insider deal di mana anda mendapat tawaran bilik hotel 1-5 bintang dengan harga yang sangat murah berbanding di booking engine.
Sekiranya terdapat rakan-rakan anda yang ingin menjadi promoter HODO anda juga mendapat imbuhan sebagai introducer.
Menjadi rakan kongsi HODO amat mudah kerana produk yang di tawarkan berupa percutian di mana setiap orang akan melancung sekurang-kurangnya sekali setahun.
Oleh yang demikian terpulanglah kepada diri masing-masing untuk memilih perniagaan yang secocok dengan keinginan dan minat masing-masing.
Mungkin juga anda boleh mempertimbangkan HODO Global menjanjikan kerjaya yang menarik dan lumayan serta boleh dilakukan di mana-mana. Bak kata motto syarikat tersebut"save more money, make more money, travel more places".
Tuesday, 2 August 2016
Teknologi Maklumat Dan Pelancongan
Melancung samada di dalam negara ataupun luar negara selalu di kaitkan dengan perbelanjaan yang besar. Ada juga yang beranggapan melancung adalah perbuatan yang membazir kerana tiada sebarang pulangan yang dapat dilihat.
Sebenarnya, aktiviti melancung merupakan aktiviti yang boleh menenagkan fikiran, menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman. Bak kata pepatah jauh berjalan luas pengalaman.
Dengan kemajuan teknologi maklumat sekarang ini, pelbagai perkhidmatan dapat dicapai bagi menjadikan percutian lebih murah dan mampu dibiayai oleh ramai orang. Malah dengan perkhidmatan di hujung jari seperti telefon pintar dan komputer anda boleh melakukan pelbagai transaksi secara dalam talian seperti tempahan tiket kapal terbang, kereta sewa, tempat penginapan yang lebih murah serta membuat rujukan tempat-tempat yang bakal dilawati dengan lebih awal.
Sungguhpun begitu, sebagai pengguna peranti digital serta perkhidmatan Internet, anda haruslah terlebih dahulu mempelajari serba sedikit selok belok tentang etika penggunaannya sebelum melakukan sebarang transaksi.
Di dalam etika digital dan Internet, pelbagai perlakuan haruslah diberi perhatian bagi memastikan tiada sebarang kerugian serta kemudaratan menimpa tatkala menggunakannya. Sebagai contoh bagaimana mengelakkan daripada tertipu ketika membuat pembelian dan tempahan sesuatu barangan mahupun perkhidmatan.
Bagaimana untuk memastikan transaksi yang kita lakukan itu selamat dan maklumat peribadi anda tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini adalah kerana tanpa sebarang langkah berjaga-jaga, anda berkemungkinan besar terdedah kepada kecurian identiti (identity theft) yang pastinya mengakibatkan percutian anda berakhir dengan malapetaka.
Apabila anda menggunakan kad kredit atau kad debit untuk tujuan tempahan pengginapan pastikan laman web tersebut benar-benar tulin dan boleh dipercayai. Sebagai contoh, dapatkan nombor telefon, emel dan alamat yang boleh dihubungi. Pastikan laman web untuk sebarang pembayaran adalah selamat (https://) dan bayarlah melalui gerbang pembayaran (payment gateway) seperti ipay88, molpay,paypal, worldpay danlain-lain. Ini adalah kerana gerbang pembayaran ini adalah selamat dan pengguna adalah dilindungi melalui polisi penggunaannya dari sebarang kerugian.
Selain itu, adalah bijak untuk anda membuat tempahan di laman sesawang yang dikenali di seluruh dunia kerana ia bukan sahaja memberi perkhidmatan yang terbaik, malah telah terbukti keberkesanannya serta mempunyai hotline atau support team bagi menanggani sebarang masalah. Sebagai contoh Agoda.com, booking.Com, Trivago.com, Airbnb.com dan sebagainya.
Malah anda juga digalakkan membaca ulasan (review) yang dihantar oleh pengguna laman sesawang ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik dan membandingkannya dengan review dari laman sesawang yang lain bagi mendapatkan kepastian tentang sesuatu tempat pengginapan tersebut. Ini adalah kerana ada kalanya apa yang anda lihat di Internet tidak sama dengan di alam realiti. Antara laman sesawang yang terkenal di dalam memberi review terhadap tempat-tempat penginapan termasuklah Tripadvisor, Kayak dan Wego.
Oleh yang demikian dengan mempelajari adab dan juga etika berkaitan Internet, dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak serta menyelamatkan diri anda daripada situasi yang tidak diingini tatkala merancang percutian yang anda ingini.
Malah dengan membuat sedikit kajian, anda buka sahaja dapat menikmati percutian yang anda idam-idamkan tetapi juga membayarnya dengan kos yang jauh lebih murah berbanding dengan harga yang sebenar.
Tuesday, 19 July 2016
Mengawal ketagihan membeli belah di atas talian
Picture: http://www.retail-news.eu/online-shopping-less-popular-spain/ |
Mengawal ketagihan membeli belah di
atas talian
Membeli-belah merupakan aktiviti yang
digemari ramai tidak kira golongan lelaki mahupun wanita. Sungguhpun
begitu ia bergantung kepada kemampuan dan kuasa membeli
masing-masing. Ada yang menganggap membeli-belah ibarat terapi yang
boleh memberi ketenangan diri. Adakalanya dengan hanya meluangkan
masa melihat-lihat ataupun window shopping dapat memberi
kepuasan kepada mereka.
Dengan kemajuan teknologi masa kini,
membeli belah boleh dilakukan hanya di rumah dengan melayari
Internet. Membeli-belah atas talian atau online shopping telah
menjadi trend popular masa kini. Pembeli tidak perlu lagi keluar
rumah atau bersiap-siap untuk menjalani aktiviti membeli belah. Cukup
sekadar melayari peranti seperti smart phone, tablet dan komputer
riba yang dilengkapi internet dan ianya sudah boleh dilakukan.
Ramai yang bersetuju, membeli belah di
Internet lebih memudahkan dan menjimatkan. Anda tidak perlu lagi
memandu keluar, mengharung kesesakan jalanraya, membayar wang petrol,
caj parking dan sebagainya untuk membeli belah.
Apa yang perlu anda sediakan hanyalah
kad debit atau kredit untuk urusan pembayaran. Dan anda hanya perlu
menunggu barangan yang dipesan sampai di muka pintu rumah anda. Mudah
bukan? Malah ada yang menyediakan perkhidmatan COD (cash on
delivery) untuk barangan tertentu.
Melihat kepada betapa mudahnya membeli
belah di Internet dan trendnya yang kian meningkat, kebimbangan
terhadap kemungkinan berlakunya pembelian yang tidak terkawal adalah
besar. Kegiatan membeli belah secara tidak terkawal ini juga dikenali
sebagai pembelian impulsif dan pembelian kompulsif.
Pembelian impulsif merujuk kepada
aktiviti di mana seseorang itu membuat pembelian yang tidak
dirancang. Dalam ertikata lain, pembeli membuat keputusan membeli
pada saat akhir secara adhoc atau tiba-tiba akibat rangsangan seperti
potongan harga dan tawaran hebat yang dilihat. Sebagai contoh anda
mungkin akan membuat pembelian tiket kapalterbang gara-gara iklan
jualan murahnya tanpa berfikir panjang kemungkinan tidak dapat
menggunakannya di masa hadapan.
Mengikut kajian, emosi dan perasaan
memainkan peranan yang besar di dalam membuat keputusan pembelian.
Ini banyak dipengaruhi oleh iklan dan promosi yang menarik lagi bijak
yang dapat menyentuh hati bakal pelanggan. Akibatnya sering kali
pembeli membeli barangan yang mereka tidak perlukan.
Pembelian kompulsif pula adalah lebih
dahsyat lagi. Ia akhirnya membabitkan ketagihan membeli belah
di atas talian. Terdapat kes-kes di luar negara di mana pembeli
menghabiskan kesemua wang simpanan mereka semata-mata untuk memenuhi
ketagihan membeli-belah. Malah ada yang tidak sedar telah
membelanjakan kesemua pendapatan mereka dan terkejut apabila tidak
dapat mengeluarkan wang tunai untuk tujuan pembayaran bil dan
sebagainya.
Mengikut statistik oleh gerbang
pembayaran PayPal yang mengendalikan urusan pembayaran, pembelian
secara atas talian telah meningkat 3 kali ganda dari tahun 2010
sehingga 2015. Jumlah jualan di Malaysia bernilai dari RM1.82billion
melonjak kepada kepada RM5.76 billion. Oleh yang demikian jelas
sekali urusan membeli belah atas talian merupakan alternatif yang
disenangi oleh masyarakat dan secara tidak langsung membuka ruang
berlakunya pembaziran.
Bagi membendung masalah ketagihan
membeli-belah atas talian ini, masyarakat haruslah didedahkan kepada
etika serta amalan baik penggunaan Internet. Ini dapat membantu
pengguna memahami trend terkini urusan jualbeli di Internet dan
bagaimana mengelakan diri dari terjebak kepada ketagihan membeli
belah di atas talian.
Adakah anda pembeli kompulsif?
Pembeli kompulsif mengikut kajian
sebahagian besarnya melibatkan kaum wanita. Dan mereka membeli hanya
untuk kepuasan diri dan bukan untuk keperluan. Ini mengakibatkan
mereka membeli barangan yang mereka sebenarnya tidak perlukan. Kajian
juga menunjukkan ramai yang menjadi pembeli kompulsif tergolong di
kalangan orang-orang yang stress dan kesunyian. Membeli belah di atas
talian memberi kepuasan untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Adakalanya mereka tidak dapat mengingati apa yang telah mereka beli
dan untuk tujuan apa.Memburukkan lagi keadaan akhirnya mereka
terjebak di dalam hutang yang besar dan menghadapi masalah
melunaskannya terutama apabila membeli menggunakan kad kredit.
Bagaimana mengawal diri daripada
menjadi pembeli kompulsif dan impulsif?
- membeli dengan tunaiJadikan amalan membeli secara tunai sebagai amalan tetap anda. Ini adalah kerana, dengan membayar secara tunai anda dapat melihat wang anda secara fizikal dibelanjakan. Kebiasaannya kita jarang menyimpan wang tunai yang banyak di tangan dan secara tidak langsung menghindar dari pembelian yang tidak diperlukan
- sediakan senarai barang yang diperlukanSeperti juga membeli belah di gedung fizikal, anda harus menyediakan senarai barangan yang hendak dibeli secara atas talian. Berpegang teguh pada senarai anda, ia mampu mengelakan anda darpada membeli barangan yang tidak diperlukan.
- guna hanya satu kad kreditPastikan anda hanya mengekalkan satu kad kredit sahaja untuk tujuan pembelian atas talian. Ini sangat membantu anda daripada membuat berlebihan berbanding sekiranya anda memiliki kad kredit yang banyak.
- Elak dari melayari laman sesawang dan rangkaian tv yang menawarkan promosiLaman sesawang dan rangkaian tv ini memang dicipta untuk memujuk penonton untuk membeli barangan yang diperkenalkan. Dengan tidak menontonnya anda secara automatik dapat menyisih daripada berkemungkinan untuk membuat belian
- rekodkan perbelanjaan andaDengan merekodkan setiap sen wang yang anda belanjakan akan memudahkan anda mengetahui ke mana wang anda belanjakan dan membantu anda untuk membuat perancangan pembelian di masa hadapan
- tangguhkan pembelianTeknik ini dapat membantu anda mengurangkan nafsu membeli dan kemungkinan membuka minda sedar anda bahawa barangan itu tidak anda perlukan. Tiap kali anda melihat sesuatu barangan dan bercadang untuk membelinya, adalah bijak untuk beralih ke laman yang lain atau berhenti daripada melayari Internet. Biasanya selepas 20 minit niat anda untuk membeli akan berkurangan.
- hadkan penggunaan InternetPastikan anda menghadkan penggunaan internet bagi memastikan anda tidak ketagih melayarinya dan melakukan window shopping ke atas barang-barang yang tidak diperlukan.
- Bersosial di alam nyataAdalah bijak untuk anda membanyakan aktiviti berinteraksi secara bersemuka dengan masyarakat sekeliling daripada melayari internet semata.
Sebagai kesimpulannya, pembelian secara
atas talian sebenarnya memberi banyak kemudahan di dalam urusan kita
sehari-hari. Ia buka sahaja dapat menjimatkan masa,tenaga dan wang
malah memberi keselesaan membeli belah di dalam ruang tamu rumah anda
sendiri. Sungguhpun begitu, pengguna haruslah bijak di dalam
menentukan keperluan daripada kemahuan kerana dengan mengabaikan
tatacara yang positif ia boleh membawa kepada kemusnahan yang besar
dalam hidup anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)